NAK KEMANA NI?
Anda tentu sering mendengar perkataan “Nak Kemana Ni?” bila sesuatu perjalanan bermula. Apa yang kita jawab tentu sekali menyatakan tempat yang kita ingin tujukan.. 3B kali ini ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan dengan MATLAMAT & HALATUJU yang menjadi impian. Selalunya apabila seseorang itu mempunyai matlamat untuk di tuju, maka perancangan dan persediaan akan di buat bagi menghasilkan sesuatu pencapaian . Anda ingin tahu? Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat ataupun tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Ramai pelajar yang menganggap sesuatu yang di lakukan itu hanya sebagai perjalanan hidup sahaja dan merasakan tidak ada kepentingan untuk meletakkan matlamat. Apa yang terjadi? Pelajar-pelajar sebegini tidak mampu merancang dan membuat persediaan sehinggalah diri mereka tidak bersedia untuk berjaya.
Sedarlah, matlamat yang kita hasilkan sebenarnya pengukur kepada kejayaan. Untuk capai matlamat bukan dengan adanya angan-angan kosong atau impian kosong tetapi ia perlu di susuli dengan tindakan. Cuba anda letakkan matlamat anda.. Bagi yang akan menghadapi peperiksaan, cuba letakkan matlamat untuk mencapai target di dalam peperiksaan akhir nanti.. Contoh, anda cuba tuliskan matlamat di atas sehelai kertas dan anda tampalkan di dinding atau di pintu bagi memudahkan anda selalu perhatikan akan matlamat yang ingin di tuju.. Semoga motivasi diri anda dapat di tingkatkan lagi dan renunglah, anda semua akan berjaya!...

No comments:
Post a Comment