Monday, June 22, 2009

BEST BELAJAR BESTARI


Cuba anda isikan.. Perhatikan subjek yang lamah.. Berapa bilangan subjek yang lemah? Bandingkan dengan subjek yang Cemerlang dan Sederhana. Anda tentu dapat jawapan.. Anda mugkin merasakan lemah kerana anda selalu memikirkan banyaknya subjek yang lemah. Tetapi sebenarnya anda tidak lemah, kerana anda masih ada lagi subjek yang anda cemerlang dan sederhana. Tingkatkan lagi subjek yang lemah supaya menjadi sederhana. Sekiranya mampu, subjek yang sederhana di gilap supaya anda mencapai kecemerlangan di dalam subjek yang anda ambil..

BEST BELAJAR BESTARI

NAK KEMANA NI?

Anda tentu sering mendengar perkataan “Nak Kemana Ni?” bila sesuatu perjalanan bermula. Apa yang kita jawab tentu sekali menyatakan tempat yang kita ingin tujukan.. 3B kali ini ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan dengan MATLAMAT & HALATUJU yang menjadi impian. Selalunya apabila seseorang itu mempunyai matlamat untuk di tuju, maka perancangan dan persediaan akan di buat bagi menghasilkan sesuatu pencapaian . Anda ingin tahu? Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat ataupun tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Ramai pelajar yang menganggap sesuatu yang di lakukan itu hanya sebagai perjalanan hidup sahaja dan merasakan tidak ada kepentingan untuk meletakkan matlamat. Apa yang terjadi? Pelajar-pelajar sebegini tidak mampu merancang dan membuat persediaan sehinggalah diri mereka tidak bersedia untuk berjaya.

Sedarlah, matlamat yang kita hasilkan sebenarnya pengukur kepada kejayaan. Untuk capai matlamat bukan dengan adanya angan-angan kosong atau impian kosong tetapi ia perlu di susuli dengan tindakan. Cuba anda letakkan matlamat anda.. Bagi yang akan menghadapi peperiksaan, cuba letakkan matlamat untuk mencapai target di dalam peperiksaan akhir nanti.. Contoh, anda cuba tuliskan matlamat di atas sehelai kertas dan anda tampalkan di dinding atau di pintu bagi memudahkan anda selalu perhatikan akan matlamat yang ingin di tuju.. Semoga motivasi diri anda dapat di tingkatkan lagi dan renunglah, anda semua akan berjaya!...

MAKLUMAN KEPADA PEMBACA

Pembaca yang di kasihi sekalian, 3B (Best Belajar Bestari) merupan modul terbaru En.Estim di dalam membentuk motivasi pelajar ke arah yang lebih cemerlang dan kehadapan. 3B ini secara khususnya di sasarkan kepada semua pembaca di peringkat bahu persekolah dan boleh di gunakan kepada pembaca yang bergelar mahasiswa. Apa yang 3B ingin bawa ialah bagaimana kemahiran anda di dalam pembelajaran di gilap dengan menguasai matlamat, daya,deria,minda,masa,teknik membaca dan banyak. Dengan adanya peningkatan dan penguasaan di dalam semua ini, En.Estim yakin konsep kendiri anda akan lebih bertenaga dan estim diri anda akan semakin tinggi. InsyaAllah.